Wednesday 18 December 2013

> Sejarah Penubuhan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, puji-pijian hanya tertumpu kepada Allah swt, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarga, sahabat-sahabat Baginda yang Mulia dan kepada pejuang agama sehingga akhir zaman.

DARUL QURAN WAL-HADIS AN-NASRI telah ditubuhkan pada 12 Rabiul Awwal 1434 Hijrah bersamaan 24 Januari 2013 Masihi merupakan sebuah institusi pengajian  Islam yang menitik beratkan pendidikan tahfiz al-Quran, hadis dan pengajian Islam sehingga ke peringkat lanjutan sebagai pelengkap kepada pusat pengajian Tahfiz al-Quran yang tumbuh dengan pesat serata tempat di Malaysia pada masa ini.

Tujuan penubuhan Darul Quran Wal-Hadis An-Nasri adalah untuk memudahkan para pelajar tahfiz Al-Quran dan hadis menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi disebabkan pihak pengurusan telah menjalinkan kerjasama dengan Universiti Al-Azhar (Shoubra) Mesir [Darul Quran bersama Maahad Qiraat Al-Azhar] dan insya-Allah akan menjalinkan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi yang lain dalam dan luar negara.

Penubuhannya adalah untuk melaksanakan tuntutan Fardhu Kifayah disebabkan  di Negeri Kedah ketika ini kewujudan institusi pendidikan yang memberi tumpuan khusus secara menyeluruh kepada anak bangsa generasi khalaf dalam membina generasi huffaz yang menguasai ilmu hadith, berilmu, beriman dan taat kepada Allah SWT masih kurang. Selain daripada mengambil manfaat melahirkan seberapa ramai pelajar yang huffaz lagi berkemahiran dengan ilmu dan amalan yang boleh disifatkan sebagai ulama.


Dalam pada itu, institusi ini juga memainkan peranan menghasilkan pelajar yang mempunyai asas ilmu agama Islam serta beramal dengannya di samping keimanan yang mantap berlandaskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di dalam bab syariat, akhlak dan jihad yang menjadi benteng kukuh dalam mempertahankan agama, diri, keturunan,  harta benda dan tanah air sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di dalam atau di luar Negara.

Dengan harapan Darul Quran Wal-Hadis ini akan menjadi pusat penyebaran perkembangan Islam secara menyeluruh, terunggul dan terulung di rantau ini,  mengamalkan sistem pendidikan dua aliran iaitu peringkat nizami dan umumi secara berterusan demi membantu mengembang dan mengetengahkan ajaran Islam yang menjadi penyuluh kehidupan bagi semua umat manusia. Pelajar-pelajar inilah yang akan membawa panji-panji agung kebesaran agama Islam ke seluruh pelusuk dunia yang diperuntukan kepada umat akhir zaman.

Wednesday 13 November 2013

> Kebenaran Memungut Derma (JHEAI KD)

Sunday 29 September 2013

> Sekapur Sirih





> Dana Pendidikan & Kebajikan



> Diploma Qiraat (Lanjutan Shoubra Mesir)




> Peringkat Pengajian & Kursus

 




> Analisis Kos Pembinaan Keseluruhan




Anggaran Kos Pembinaan Kompleks Pendidikan Darul Quran Wal Hadis An-Nasri sebanyak
RM 6,951,580.00.

Kerja-kerja pembinaan akan dijalan secara berperingkat dan berdasarkan sumber kewangan yang diterima daripada masyarakat prihatin.

> Pembinaan Lot Kedai

GAMBARAN BANGUNAN
GAMBARAN BANGUNAN


Membina dan menyiapkan 2 Lot Bangunan Kedai dengan keluasan 1 lot 90’ X 40’ (5 Pintu) dan     kerja-kerja berkaitan. Anggaran Kos Pembinaan: RM 306,000.00 X 2 = RM 612,000.00

> Pembinaan Rumah Pengetua

LAKARAN RUMAH PENGETUA

LAKARAN REKA BENTUK BANGUNAN


Membina dan menyiapkan sebuah Rumah Pengetua berkeluasan 52’ X 42’ (2184 kps) dan kerja-kerja berkaitan. Anggaran Kos Pembinaan : RM 196,560.00

> Pembinaan Rumah Guru

LAKARAN REKA BENTUK HADAPAN BANGUNAN
LAKARAN PELAN LANTAI TINGKAT BAWAH DAN ATAS


Membina dan menyiapkan sebuah bangunan Rumah Guru 8 pintu dengan keluasan 108’ X 54’ dan kerja-kerja berkaitan. Anggaran Kos Pembinaan : RM 1,209,280.00


> Bangunan Dewan Makan

LAKARAN REKA BENTUK BANGUNAN
LAKARAN PELAN BANGUNAN DAN LANTAI


Membina dan menyiapkan sebuah bangunan Dewan Makan/Kantin keluasan 100’ X 40’ (4000 kps) dan kerja-kerja     berkaitan. Dewan Makan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian lelaki dan perempuan. Anggaran Kos Pembinaan : RM 332,140.00


> Bangunan Asrama Puteri

LAKARAN REKA BENTUK BANGUNAN
LAKARAN PELAN TINGKAT BAWAH DAN TINGKAT SATU


Membina dan menyiapkan sebuah bangunan Asrama Puteri 1 tingkat berkeluasan 114’ X 28’ dan kerja-kerja berkaitan.  Bangunan ini mempunyai 8 bilik asrama pelajar dengan 160 katil dan 2 bilik air. Anggaran Kos Pembinaan : RM 656,800.00


Monday 23 September 2013

> Bangunan Asrama Putera

LAKARAN REKA BENTUK BANGUNAN
LAKARAN PELAN TINGKAT BAWAH DAN TINGKAT SATU

Membina dan menyiapkan sebuah bangunan Asrama Putera 1 tingkat berkeluasan 114’ X 28’ dan kerja-kerja berkaitan. Bangunan ini mempunyai 8 bilik asrama pelajar dengan 160 katil dan 2 bilik air. Anggaran Kos Pembinaan : RM 656,800.00



> Pembangunan Darul Quran Wal-Hadis An-Nasri


> Surat Pendaftaran

Salinan Surat Pendaftaran Perimgkat Daerah Baling

Sunday 22 September 2013

> Portfolio 2



USTAZ DR. MOHD SHOLEH BIN SHEH YUSUFF

Memegang jawatan sebagai Pengetua/ Mudir, berkelulusan Doktor Falsafah (Tafsir al-Quran) USM, Ijazah Sarjana Pengajian Islam (al-Quran dan al-Sunnah) UKM dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam STAIS, berperanan sebagai tulang belakang pendidikan berterusan menurut aliran fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, membangun pusat pendidikan kepada anak bangsa yang berkemahiran dalam bidang al-Quran dan al-Hadis. 
USTAZAH BARIRAH BINTI HAJI OMAR ZUHDI
Memegang jawatan sebagai Bendahari, berperanan sebagai tulang belakang pencetus idea dalam bidang perkongsian pengalaman. Beliau memiliki kredibiliti tinggi dalam aspek kewangan, pendidikan, kemahiran, pengalaman luas dalam bidang perniagaan yang memiliki misi tersendiri.
USTAZ MUHAMMAD ZUL AZHAN BIN HAJI ALIAS NASRI
Merupakan Setiausaha institusi ini yang pertama dan berperanan sebagai tulang belakang dalam perhubungan luar dan pengurusan dalam.




> Portfolio

HAJI AHMAD TAJUDIN BIN HAJI ARSHAD
Memegang jawatan sebagai Penasihat, merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dengan produk Halalan Tayyiba (IMP) dan seorang yang banyak membantu dalam perkembangan Pendidikan Islam.
USTAZ HAJI ALIAS NASRI BIN HAJI MAHAMUD

Memegang jawatan sebagai Pengerusi, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu UIAM, Ijazah Sarjana Muda Syariah Universiti Islam Madinah Al-Munawarah dan Diploma Tahfiz Al-Quran JAKIM. Peranan beliau sebagai tulang belakang Darul Quran Wal-Hadis An-Nasri, pencetus idea ke arah perlaksanaan kepelbagaian aktiviti, kerana beliau memiliki kredibiliti baik dalam aspek kewangan.

Saturday 21 September 2013

> Pengurusan


TENAGA PENGAJAR


BADAN PENGURUSAN


> Latar Belakang

LATAR BELAKANG INSTITUSI


AHLI LEMBAGA TADBIR



Wednesday 13 March 2013

> Pembinaan Bangunan Pengajian & Pentadbiran



Membina dan menyiapkan Bangunan dua tingkat berkeluasan 110’ X 60’ dan kerja-kerja berkaitan. Bangunan ini mempunyai sebuah dewan, 10 kelas, dua buah pejabat, sebuah perpustakaan, sebuah bilik komputer dan dua buah bilik rehat. 
Anggaran Kos Pembinaan RM 1,477,000.00
  

LAKARAN PELAN TAPAK TINGKAT BAWAH
LAKARAN PELAN TINGKAT SATU DAN DUA


Copyright @ 2013 An-Nasri.

back to top