Wednesday 18 December 2013

Filled Under:

> Sejarah Penubuhan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, puji-pijian hanya tertumpu kepada Allah swt, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarga, sahabat-sahabat Baginda yang Mulia dan kepada pejuang agama sehingga akhir zaman.

DARUL QURAN WAL-HADIS AN-NASRI telah ditubuhkan pada 12 Rabiul Awwal 1434 Hijrah bersamaan 24 Januari 2013 Masihi merupakan sebuah institusi pengajian  Islam yang menitik beratkan pendidikan tahfiz al-Quran, hadis dan pengajian Islam sehingga ke peringkat lanjutan sebagai pelengkap kepada pusat pengajian Tahfiz al-Quran yang tumbuh dengan pesat serata tempat di Malaysia pada masa ini.

Tujuan penubuhan Darul Quran Wal-Hadis An-Nasri adalah untuk memudahkan para pelajar tahfiz Al-Quran dan hadis menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi disebabkan pihak pengurusan telah menjalinkan kerjasama dengan Universiti Al-Azhar (Shoubra) Mesir [Darul Quran bersama Maahad Qiraat Al-Azhar] dan insya-Allah akan menjalinkan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi yang lain dalam dan luar negara.

Penubuhannya adalah untuk melaksanakan tuntutan Fardhu Kifayah disebabkan  di Negeri Kedah ketika ini kewujudan institusi pendidikan yang memberi tumpuan khusus secara menyeluruh kepada anak bangsa generasi khalaf dalam membina generasi huffaz yang menguasai ilmu hadith, berilmu, beriman dan taat kepada Allah SWT masih kurang. Selain daripada mengambil manfaat melahirkan seberapa ramai pelajar yang huffaz lagi berkemahiran dengan ilmu dan amalan yang boleh disifatkan sebagai ulama.


Dalam pada itu, institusi ini juga memainkan peranan menghasilkan pelajar yang mempunyai asas ilmu agama Islam serta beramal dengannya di samping keimanan yang mantap berlandaskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di dalam bab syariat, akhlak dan jihad yang menjadi benteng kukuh dalam mempertahankan agama, diri, keturunan,  harta benda dan tanah air sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di dalam atau di luar Negara.

Dengan harapan Darul Quran Wal-Hadis ini akan menjadi pusat penyebaran perkembangan Islam secara menyeluruh, terunggul dan terulung di rantau ini,  mengamalkan sistem pendidikan dua aliran iaitu peringkat nizami dan umumi secara berterusan demi membantu mengembang dan mengetengahkan ajaran Islam yang menjadi penyuluh kehidupan bagi semua umat manusia. Pelajar-pelajar inilah yang akan membawa panji-panji agung kebesaran agama Islam ke seluruh pelusuk dunia yang diperuntukan kepada umat akhir zaman.

5 comments:

  1. alhamdulillah..semoga Allah memberkati Amal kebajikan kita semua..ameen^_6

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen. Syukran Jazilan kepada anda semua yang sentiasa menyokong kami

      Delete
  2. salam ....kalau boleh diyatakan silibus pelajaran pelajar di maahad ini

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah permudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Tuan. Mohon share no.akaun untuk sumbangan dan juga no.tel yang boleh dihubungi ke e-mail Saya: mafaz_82@yahoo.com.my

    ReplyDelete

Copyright @ 2013 An-Nasri.

back to top