Friday 3 July 2015

Mei 2015
Perkembangan proses pembinaan Darul Quran Wal Hadis An-Nasri setakat akhir bulan Mei 2015
Sumbangan Tuan/Puan amat diperlukan bagi menyiapkan segera pembangunan Bangunan 3 Tingkat (Bangunan Pentadbiran,Kelas Pengajian & Perpustakaan)



Monday 29 June 2015

9 Februari 2015


Sunday 7 December 2014

Disember 2014 - Pembangunan Darul Quran Wal-Hadis An-Nasri


(Disember 2014)


Assalamu'alaikum W.B.T.
Alhamdulillah. Pembangunan Darul Quran Wal-Hadis An-Nasri sedang giat dilaksanakan bagi melahirkan insan-insan yang celik al-Quran dan Hadis Nabi S.A.W.



Sumbangan Tuan/Puan amatlah dialu-alukan. Semoga Allah memberkati kehidupan kita dunia & akhirat. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Saturday 23 August 2014

> Pembinaan tapak dan tiang bangunan pentadbiran dan pengajian

(Ogos 2014)
Pembinaan Fasa 1 : Darul Quran Wal-Hadis An-Nasri. Terima kasih pihak kami ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan yang sudi menderma dalam menyiapkan bangunan pengajian dan pentadbiran 3 tingkat. Semoga segala usaha dan infak yang diberikan mendapat rahmat dan keberkatan di sisi Allah S.W.T.



Wednesday 23 April 2014

> Penempatan Sementara Darul Quran Wal-Hadis An-Nasri




> Program Tadarus Al-Quran Bulan Ramadhan 1435


Darul Quran Wal-Hadis An-Nasri mempelawa dan mengalu-alukan menyertai Majlis Tadarrus al-Quran dan Zikir Tahlil yang akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan yang bakal tiba. Setiap penyertaan dan sumbangan yang diberikan dijadikan sebagai Dana Wakaf Pembinaan Masjid Darul Quran Wal Hadis An-Nasri.

SABDA NABI SAW :

إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلا مِنْ ثَلاثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: apabila mati seorang anak adam (manusia) nescaya telah terputus segala pahala amal kebajikannya melainkan tiga perkara iaitu; ibadah wakaf, ilmu yang memberi guna kepada orang lain, atau anak yang soleh yang berdoa untuknya (hadis sahih riwayat Muslim, no. hadis 426).

Berdasarkan hadis tersebut menjelaskan bahawa amalan seorang manusia akan dicatat sebagai pahala secara berterusan oleh Allah SWT melalui tiga saluran walaupun dia telah meninggal dunia iaitu;

1.       Melalui ibadah wakaf yang dilakukan untuknya.
2.       Melalui ilmu yang telah disampaikan dan ilmu itu dimanfaatkan.
3.       Melalui anak soleh yang mendoakan kesejahteraan ibu bapanya.

Berkenaan dengan pahala bacaan al-Quran untuk dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal dunia, terdapat dua kaedah yang boleh dilakukan supaya pahala amalan itu sampai kepada si mati iaitu:

1.       Bacaan al-Quran, zikir dan tahlil yang dilakukan oleh seorang anak untuk kedua ibu bapanya. Pahala amalan ini akan diterima oleh si mati.

2.       Bacaan al-Quran, zikir dan tahlil yang dilakukan oleh orang lain. Pahala amalan ini diterima oleh si mati dengan syarat diniatkan kepada si mati secara khusus, walaupun si mati itu dalam jumlah yang ramai.

(sumber: Mufti Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Bin Hj. Ahmad)

Sunday 6 April 2014

> Pembinaan Darul Quran terkini (6 April 2014)




Thursday 13 February 2014

> Darul Quran Wal-Hadis An-Nasri dalam proses pembinaan



Wednesday 18 December 2013

> Sejarah Penubuhan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, puji-pijian hanya tertumpu kepada Allah swt, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarga, sahabat-sahabat Baginda yang Mulia dan kepada pejuang agama sehingga akhir zaman.

DARUL QURAN WAL-HADIS AN-NASRI telah ditubuhkan pada 12 Rabiul Awwal 1434 Hijrah bersamaan 24 Januari 2013 Masihi merupakan sebuah institusi pengajian  Islam yang menitik beratkan pendidikan tahfiz al-Quran, hadis dan pengajian Islam sehingga ke peringkat lanjutan sebagai pelengkap kepada pusat pengajian Tahfiz al-Quran yang tumbuh dengan pesat serata tempat di Malaysia pada masa ini.

Tujuan penubuhan Darul Quran Wal-Hadis An-Nasri adalah untuk memudahkan para pelajar tahfiz Al-Quran dan hadis menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi disebabkan pihak pengurusan telah menjalinkan kerjasama dengan Universiti Al-Azhar (Shoubra) Mesir [Darul Quran bersama Maahad Qiraat Al-Azhar] dan insya-Allah akan menjalinkan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi yang lain dalam dan luar negara.

Penubuhannya adalah untuk melaksanakan tuntutan Fardhu Kifayah disebabkan  di Negeri Kedah ketika ini kewujudan institusi pendidikan yang memberi tumpuan khusus secara menyeluruh kepada anak bangsa generasi khalaf dalam membina generasi huffaz yang menguasai ilmu hadith, berilmu, beriman dan taat kepada Allah SWT masih kurang. Selain daripada mengambil manfaat melahirkan seberapa ramai pelajar yang huffaz lagi berkemahiran dengan ilmu dan amalan yang boleh disifatkan sebagai ulama.


Dalam pada itu, institusi ini juga memainkan peranan menghasilkan pelajar yang mempunyai asas ilmu agama Islam serta beramal dengannya di samping keimanan yang mantap berlandaskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di dalam bab syariat, akhlak dan jihad yang menjadi benteng kukuh dalam mempertahankan agama, diri, keturunan,  harta benda dan tanah air sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di dalam atau di luar Negara.

Dengan harapan Darul Quran Wal-Hadis ini akan menjadi pusat penyebaran perkembangan Islam secara menyeluruh, terunggul dan terulung di rantau ini,  mengamalkan sistem pendidikan dua aliran iaitu peringkat nizami dan umumi secara berterusan demi membantu mengembang dan mengetengahkan ajaran Islam yang menjadi penyuluh kehidupan bagi semua umat manusia. Pelajar-pelajar inilah yang akan membawa panji-panji agung kebesaran agama Islam ke seluruh pelusuk dunia yang diperuntukan kepada umat akhir zaman.

Wednesday 13 November 2013

> Kebenaran Memungut Derma (JHEAI KD)

Copyright @ 2013 An-Nasri.

back to top