Wednesday 13 March 2013

> Pembinaan Bangunan Pengajian & Pentadbiran



Membina dan menyiapkan Bangunan dua tingkat berkeluasan 110’ X 60’ dan kerja-kerja berkaitan. Bangunan ini mempunyai sebuah dewan, 10 kelas, dua buah pejabat, sebuah perpustakaan, sebuah bilik komputer dan dua buah bilik rehat. 
Anggaran Kos Pembinaan RM 1,477,000.00
  

LAKARAN PELAN TAPAK TINGKAT BAWAH
LAKARAN PELAN TINGKAT SATU DAN DUA


> Sukatan Mata Pelajaran



Subjek-subjek yang diajar di Darul Quran Wal-Hadis An-Nasri adalah seperti berikut:

1. Hafal Al-Quran
10. Tafsir
20. Ilmu Faraid
30. Al-Hiwariyah
2. Tajwid
11. Usul al-Tafsir
21.Qawaid Fiqhiyah
31. Mantiq
3. Rasm Al-Quran
12. Hadith
22. Nahu
32. Adab Arabiah
4. Dhabl al-Quran
13. Musthalah Hadith
23. Saraf
33. SPM
5. Waqf wa Ibtida’
14. Fiqah
24. Balaghah
34. STAM
6. Usul al-Qiraat
15. Usul Fiqh
25. Lughah Arabiah

7. al-Qiraat
16. Tauhid
26. Imlak

8. Al-Fawasil
17. Akhlak
27. Insya’

9. At-Tibyan Fi Adab Hamalat al-Quran
18. Sirah Nabawi
28. Muthala'ah

19. Fiqh al-Dakwah
29. At-Tadribat

  

CARTA ASAS PENDIDIKAN



PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN


Pelajar yang berjaya tamat pengajian berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti di Kuliah Shubra   Al-Azhar Mesir, Universiti Islam Sana’a Yaman, Umul Qura Makkah Mukarramah, Universiti Islam Madinatul Munawarah, Universiti Al-Fatah Islami Syiria, Universiti Islam Indonesia (IAIN) dan di universiti-universiti tempatan.

TEMPAT TINGGAL


Semua pelajar Darul Quran Wal-Hadis diwajibkan tinggal di asrama yang disediakan kecuali pelajar Diploma tahun kedua dan ketiga, kuliah umumi dan kursus pengajian Al-Quran, Fardu Ain dan Bahasa Arab dan lain-lain yang ditawarkan.

 

Tuesday 12 March 2013

> Peringkat Pengajian & Kursus



A)   Syahadah Tahfiz Al-Quran dan Hadith
B) Diploma Lanjutan Universiti Al-Azhar (Shoubra) Mesir.

I. Syahadah Tahfiz Al-Quran dan Hadith

Kelayakan:
1. Lelaki sahaja.
2. Berumur 12 tahun hingga 13 tahun.
3. Boleh membaca Al-Quran dengan baik.
4. Mempunyai minat dan komitmen yang tinggi untuk menghafaz
    Al-Quran dan Hadith.
5. Tidak merokok  dan berakhlak mulia.
6. Sanggup mematuhi segala peraturan Institut.
7. Lulus temuduga.

Yuran Pengajian

Pendaftaran kemasukan :        RM 150.00
Yuran bulanan :                       RM 200.00
Yuran Kelas tambahan :          RM 15.00
Yuran perkhidmatan :             RM 30.00
Bayaran Takaful :                    RM 10.00
Peperiksaan :                           RM 15.00


Tempoh Pengajian:


 Tempoh pengajian adalah selama tiga (3) tahun. Pelajar diwajibkan menghabiskan hafalan 30 juzuk al-Qur’an dan hadith-hadith pilihan mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Darul Quran Wal-Hadis.



II. Diploma Lanjutan Universiti Al-Azhar (Shoubra) Mesir.

Kelayakan

Lelaki sahaja.
Menghafaz 30 juzuk al-Qur’an.
Berumur 15 tahun hingga 18 tahun.
Mempunyai minat dan komitmen yang tinggi
Tidak merokok  dan berakhlak mulia.
Sanggup mematuhi segala peraturan Institut.
Lulus temuduga.


Yuran Pengajian

Pendaftaran kemasukan :        RM 150.00
Yuran bulanan :                       RM 250.00
Yuran Kelas tambahan :          RM 50.00
Yuran perkhidmatan :             RM 50.00
Bayaran Takaful :                    RM 10.00
Peperiksaan :                           RM 15.00

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian yang ditetapkan adalah selama tiga (3) tahun. Subjek-subjek yang diajar meliputi sukatan pelajaran di Universiti Al-Azhar (Shoubra) tahun pertama, kedua dan ketiga. Setelah tamat pengajian pelajar layak meneruskan pengajian di universiti tersebut di tahun yang keempat.
 






Copyright @ 2013 An-Nasri.

back to top