Wednesday, 23 April 2014

Filled Under:

> Program Tadarus Al-Quran Bulan Ramadhan 1435


Darul Quran Wal-Hadis An-Nasri mempelawa dan mengalu-alukan menyertai Majlis Tadarrus al-Quran dan Zikir Tahlil yang akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan yang bakal tiba. Setiap penyertaan dan sumbangan yang diberikan dijadikan sebagai Dana Wakaf Pembinaan Masjid Darul Quran Wal Hadis An-Nasri.

SABDA NABI SAW :

إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلا مِنْ ثَلاثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: apabila mati seorang anak adam (manusia) nescaya telah terputus segala pahala amal kebajikannya melainkan tiga perkara iaitu; ibadah wakaf, ilmu yang memberi guna kepada orang lain, atau anak yang soleh yang berdoa untuknya (hadis sahih riwayat Muslim, no. hadis 426).

Berdasarkan hadis tersebut menjelaskan bahawa amalan seorang manusia akan dicatat sebagai pahala secara berterusan oleh Allah SWT melalui tiga saluran walaupun dia telah meninggal dunia iaitu;

1.       Melalui ibadah wakaf yang dilakukan untuknya.
2.       Melalui ilmu yang telah disampaikan dan ilmu itu dimanfaatkan.
3.       Melalui anak soleh yang mendoakan kesejahteraan ibu bapanya.

Berkenaan dengan pahala bacaan al-Quran untuk dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal dunia, terdapat dua kaedah yang boleh dilakukan supaya pahala amalan itu sampai kepada si mati iaitu:

1.       Bacaan al-Quran, zikir dan tahlil yang dilakukan oleh seorang anak untuk kedua ibu bapanya. Pahala amalan ini akan diterima oleh si mati.

2.       Bacaan al-Quran, zikir dan tahlil yang dilakukan oleh orang lain. Pahala amalan ini diterima oleh si mati dengan syarat diniatkan kepada si mati secara khusus, walaupun si mati itu dalam jumlah yang ramai.

(sumber: Mufti Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Bin Hj. Ahmad)

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 An-Nasri.

back to top