Wednesday, 23 April 2014
> Program Tadarus Al-Quran Bulan Ramadhan 1435
Posted By:
Unknown
on 18:34
Darul
Quran Wal-Hadis An-Nasri mempelawa dan mengalu-alukan menyertai Majlis Tadarrus
al-Quran dan Zikir Tahlil yang akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan yang
bakal tiba. Setiap penyertaan dan sumbangan yang diberikan dijadikan sebagai Dana
Wakaf Pembinaan Masjid Darul Quran Wal Hadis An-Nasri.
SABDA NABI SAW
:
إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلا مِنْ ثَلاثٍ :
صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو
لَهُ
Maksudnya:
apabila mati seorang anak adam (manusia) nescaya telah terputus segala pahala
amal kebajikannya melainkan tiga perkara iaitu; ibadah wakaf, ilmu yang memberi
guna kepada orang lain, atau anak yang soleh yang berdoa untuknya (hadis sahih
riwayat Muslim, no. hadis 426).
Berdasarkan
hadis tersebut menjelaskan bahawa amalan seorang manusia akan dicatat sebagai
pahala secara berterusan oleh Allah SWT melalui tiga saluran walaupun dia telah
meninggal dunia iaitu;
1. Melalui ibadah wakaf
yang dilakukan untuknya.
2. Melalui ilmu yang
telah disampaikan dan ilmu itu dimanfaatkan.
3. Melalui anak soleh
yang mendoakan kesejahteraan ibu bapanya.
Berkenaan dengan pahala bacaan al-Quran untuk dihadiahkan kepada
orang yang telah meninggal dunia, terdapat dua kaedah yang boleh dilakukan supaya
pahala amalan itu sampai kepada si mati iaitu:
1. Bacaan al-Quran,
zikir dan tahlil yang dilakukan oleh seorang anak untuk kedua ibu bapanya.
Pahala amalan ini akan diterima oleh si mati.
2. Bacaan al-Quran,
zikir dan tahlil yang dilakukan oleh orang lain. Pahala amalan ini diterima
oleh si mati dengan syarat diniatkan kepada si mati secara khusus, walaupun si mati itu dalam jumlah yang ramai.
(sumber: Mufti Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Paduka Syeikh Muhamad
Baderudin Bin Hj. Ahmad)
Sunday, 6 April 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)