Mei 2015
Perkembangan proses pembinaan Darul Quran Wal Hadis An-Nasri setakat akhir bulan Mei 2015
Sumbangan Tuan/Puan amat diperlukan bagi menyiapkan segera pembangunan
Bangunan 3 Tingkat (Bangunan Pentadbiran,Kelas Pengajian &
Perpustakaan)
Friday, 3 July 2015
Monday, 29 June 2015
Sunday, 7 December 2014
Disember 2014 - Pembangunan Darul Quran Wal-Hadis An-Nasri
Posted By:
Unknown
on 20:34
(Disember 2014)
Assalamu'alaikum W.B.T.
Alhamdulillah. Pembangunan Darul Quran Wal-Hadis An-Nasri sedang giat dilaksanakan bagi melahirkan insan-insan yang celik al-Quran dan Hadis Nabi S.A.W.
Sumbangan Tuan/Puan amatlah dialu-alukan. Semoga Allah memberkati kehidupan kita dunia & akhirat. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Saturday, 23 August 2014
> Pembinaan tapak dan tiang bangunan pentadbiran dan pengajian
Posted By:
Unknown
on 19:38
(Ogos 2014)
Pembinaan Fasa 1 : Darul Quran Wal-Hadis An-Nasri. Terima kasih pihak kami ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan yang sudi menderma dalam menyiapkan bangunan pengajian dan pentadbiran 3 tingkat. Semoga segala usaha dan infak yang diberikan mendapat rahmat dan keberkatan di sisi Allah S.W.T.
Pembinaan Fasa 1 : Darul Quran Wal-Hadis An-Nasri. Terima kasih pihak kami ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan yang sudi menderma dalam menyiapkan bangunan pengajian dan pentadbiran 3 tingkat. Semoga segala usaha dan infak yang diberikan mendapat rahmat dan keberkatan di sisi Allah S.W.T.
Wednesday, 23 April 2014
> Program Tadarus Al-Quran Bulan Ramadhan 1435
Posted By:
Unknown
on 18:34
Darul
Quran Wal-Hadis An-Nasri mempelawa dan mengalu-alukan menyertai Majlis Tadarrus
al-Quran dan Zikir Tahlil yang akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan yang
bakal tiba. Setiap penyertaan dan sumbangan yang diberikan dijadikan sebagai Dana
Wakaf Pembinaan Masjid Darul Quran Wal Hadis An-Nasri.
SABDA NABI SAW
:
إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلا مِنْ ثَلاثٍ :
صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو
لَهُ
Maksudnya:
apabila mati seorang anak adam (manusia) nescaya telah terputus segala pahala
amal kebajikannya melainkan tiga perkara iaitu; ibadah wakaf, ilmu yang memberi
guna kepada orang lain, atau anak yang soleh yang berdoa untuknya (hadis sahih
riwayat Muslim, no. hadis 426).
Berdasarkan
hadis tersebut menjelaskan bahawa amalan seorang manusia akan dicatat sebagai
pahala secara berterusan oleh Allah SWT melalui tiga saluran walaupun dia telah
meninggal dunia iaitu;
1. Melalui ibadah wakaf
yang dilakukan untuknya.
2. Melalui ilmu yang
telah disampaikan dan ilmu itu dimanfaatkan.
3. Melalui anak soleh
yang mendoakan kesejahteraan ibu bapanya.
Berkenaan dengan pahala bacaan al-Quran untuk dihadiahkan kepada
orang yang telah meninggal dunia, terdapat dua kaedah yang boleh dilakukan supaya
pahala amalan itu sampai kepada si mati iaitu:
1. Bacaan al-Quran,
zikir dan tahlil yang dilakukan oleh seorang anak untuk kedua ibu bapanya.
Pahala amalan ini akan diterima oleh si mati.
2. Bacaan al-Quran,
zikir dan tahlil yang dilakukan oleh orang lain. Pahala amalan ini diterima
oleh si mati dengan syarat diniatkan kepada si mati secara khusus, walaupun si mati itu dalam jumlah yang ramai.
(sumber: Mufti Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Paduka Syeikh Muhamad
Baderudin Bin Hj. Ahmad)
Sunday, 6 April 2014
Thursday, 13 February 2014
Wednesday, 18 December 2013
> Sejarah Penubuhan
Posted By:
Anonymous
on 23:39
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang. Alhamdulillah, puji-pijian hanya tertumpu kepada Allah swt, selawat
dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarga,
sahabat-sahabat Baginda yang Mulia dan kepada pejuang agama sehingga akhir
zaman.
DARUL QURAN WAL-HADIS AN-NASRI telah ditubuhkan pada
12 Rabiul Awwal 1434 Hijrah bersamaan 24 Januari 2013 Masihi merupakan sebuah
institusi pengajian Islam
yang menitik beratkan pendidikan tahfiz al-Quran, hadis dan pengajian Islam sehingga
ke peringkat lanjutan sebagai pelengkap kepada pusat pengajian Tahfiz al-Quran
yang tumbuh dengan pesat serata tempat di Malaysia pada masa ini.
Tujuan penubuhan Darul Quran Wal-Hadis An-Nasri adalah
untuk memudahkan para pelajar tahfiz Al-Quran dan hadis menyambung pengajian ke
peringkat yang lebih tinggi disebabkan pihak pengurusan telah menjalinkan
kerjasama dengan Universiti Al-Azhar (Shoubra) Mesir [Darul Quran bersama
Maahad Qiraat Al-Azhar] dan insya-Allah akan menjalinkan kerjasama dengan institusi
pengajian tinggi yang lain dalam dan luar negara.
Penubuhannya adalah untuk melaksanakan tuntutan Fardhu
Kifayah disebabkan di
Negeri Kedah ketika ini kewujudan institusi pendidikan yang memberi tumpuan
khusus secara menyeluruh kepada anak bangsa generasi khalaf dalam membina
generasi huffaz yang menguasai ilmu hadith, berilmu, beriman dan taat kepada
Allah SWT masih kurang. Selain daripada mengambil manfaat melahirkan seberapa
ramai pelajar yang huffaz lagi berkemahiran dengan ilmu dan amalan yang boleh
disifatkan sebagai ulama.
Dalam pada itu, institusi ini juga memainkan peranan
menghasilkan pelajar yang mempunyai asas ilmu agama Islam serta beramal
dengannya di samping keimanan yang mantap berlandaskan akidah Ahli Sunnah Wal
Jamaah di dalam bab syariat, akhlak dan jihad yang menjadi benteng kukuh dalam
mempertahankan agama, diri, keturunan, harta
benda dan tanah air sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi di dalam atau di luar Negara.
Dengan harapan Darul Quran Wal-Hadis ini akan menjadi
pusat penyebaran perkembangan Islam secara menyeluruh, terunggul dan terulung
di rantau ini, mengamalkan
sistem pendidikan dua aliran iaitu peringkat nizami dan umumi secara berterusan
demi membantu mengembang dan mengetengahkan ajaran Islam yang menjadi penyuluh
kehidupan bagi semua umat manusia. Pelajar-pelajar inilah yang akan membawa
panji-panji agung kebesaran agama Islam ke seluruh pelusuk dunia yang
diperuntukan kepada umat akhir zaman.
Wednesday, 13 November 2013
Sunday, 29 September 2013
> Analisis Kos Pembinaan Keseluruhan
Posted By:
Anonymous
on 20:50
Anggaran Kos Pembinaan Kompleks Pendidikan Darul Quran Wal Hadis An-Nasri sebanyak
RM 6,951,580.00.
Kerja-kerja pembinaan akan dijalan secara berperingkat dan berdasarkan sumber kewangan yang diterima daripada masyarakat prihatin.
> Pembinaan Lot Kedai
Posted By:
Anonymous
on 20:47
![]() |
| GAMBARAN BANGUNAN |
![]() |
| GAMBARAN BANGUNAN |
Membina dan menyiapkan 2 Lot Bangunan Kedai dengan keluasan 1 lot 90’ X 40’ (5 Pintu) dan kerja-kerja berkaitan. Anggaran Kos Pembinaan: RM 306,000.00 X 2 = RM 612,000.00
> Pembinaan Rumah Pengetua
Posted By:
Anonymous
on 20:44
![]() |
| LAKARAN RUMAH PENGETUA |
![]() |
| LAKARAN REKA BENTUK BANGUNAN |
Membina dan menyiapkan sebuah Rumah Pengetua berkeluasan 52’ X 42’ (2184 kps) dan kerja-kerja berkaitan. Anggaran Kos Pembinaan : RM 196,560.00
> Pembinaan Rumah Guru
Posted By:
Anonymous
on 20:34
![]() |
| LAKARAN REKA BENTUK HADAPAN BANGUNAN |
![]() |
| LAKARAN PELAN LANTAI TINGKAT BAWAH DAN ATAS |
Membina dan menyiapkan sebuah bangunan Rumah Guru 8 pintu dengan keluasan 108’ X 54’ dan kerja-kerja berkaitan. Anggaran Kos Pembinaan : RM 1,209,280.00
> Bangunan Dewan Makan
Posted By:
Anonymous
on 20:02
![]() |
| LAKARAN REKA BENTUK BANGUNAN |
![]() |
| LAKARAN PELAN BANGUNAN DAN LANTAI |
Membina dan menyiapkan sebuah bangunan Dewan Makan/Kantin keluasan 100’ X 40’ (4000 kps) dan kerja-kerja berkaitan. Dewan Makan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian lelaki dan perempuan. Anggaran Kos Pembinaan : RM 332,140.00
> Bangunan Asrama Puteri
Posted By:
Anonymous
on 19:54
![]() |
| LAKARAN REKA BENTUK BANGUNAN |
![]() |
| LAKARAN PELAN TINGKAT BAWAH DAN TINGKAT SATU |
Membina dan menyiapkan sebuah bangunan Asrama Puteri 1 tingkat berkeluasan 114’ X 28’ dan kerja-kerja berkaitan. Bangunan ini mempunyai 8 bilik asrama pelajar dengan 160 katil dan 2 bilik air. Anggaran Kos Pembinaan : RM 656,800.00
Subscribe to:
Posts (Atom)







.jpg)

































